32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

CEO McDonald’s dipecat akibat hubungan seks dengan pekerja

BORNEO BULETIN

GLOBAL/ McDonald’s Corp memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Steve Easterbrook susulan hubungan seksnya baru-baru ini dengan seorang pekerja, yang menurut lembaga pengarah itu melanggar dasar syarikat, kata gergasi makanan segera itu.

Huhungi kami

Lembaga pengarah syarikat juga memutuskan bahawa Easterbrook “mempamerkan penilaian buruk yang membabitkan hubungan seks konsensual baru-baru ini dengan seorang pekerja,” kata McDonald’s dalam satu kenyataan media. Easterbrook melepaskan jawatannya dalam lembaga pengarah syarikat itu juga.

McDonald’s tidak mengulas lanjut berhubung mesej yang meminta komen lanjut pada Ahad lalu.

Chris Kempczinski, presiden McDonald’s USA, dinamakan sebagai CEO baru syarikat itu, berkuatkuasa serta merta. Beliau turut dilantik menganggotai lembaga pengarah McDonald’s.

Syarikat itu menamakan Joe Erlinger, sebagai presiden pasaran yang bertanggungjawab terhadap operasi antarabangsa dan juga sebagai presiden McDonald’s USA, menggantikan Kempczinski.

Easterbrook menyifatkan perilaku pribadinya sebagai “kesilapan” yang melanggar polisi syarikat, dalam e-mel kepada pekerja pada Ahad lalu yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

“Memandangkan nilai-nilai syarikat, saya bersetuju dengan lembaga pengarah bahawa sudah tiba masanya untuk saya berundur,” kata Easterbrook dalam e-mel itu.– Reuters

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN