TAHNIAH…Ag Ismail (empat kanan) menyampaikan cenderhati pengiktirafan kpd Dr Viknesvaran sambil diperhatiksn oleh Durasik (lima kiri), Fadle(tiga kanan) dan yang lain.
TUARAN: Kerana perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan Carepoint Clinic Plaza Legacy Tuaran menerima tiga pengiktirafan dari tiga badan berbeza di sini baru-baru ini.
Pengiktirafan pertama diterima dari sebuah syarikat dan pembangunan dan galian di sini
Pengarah Careclinik Sabah, Dr Viknesvaran Thangiah telah menerima Pengiktirafan Anugerah Clinik Yang Terbaik daripada Pengarah Syarikat Pembangunan Azam Dan Galian Sdn Bhd, Ag Ismail Haji Abu Bakar .
Di majlis itu Ag.Ismail berkesempatan menyampaikan cenderakenangan dan ucapan tahniah kepada Dr. Viknesvaran Thangiah.
Manakala pengiktirafan kedua kepada Clinic Carepoint diberikan oleh Pengerusi Masjid AT- Taqwa Perumahan Laya- Laya bagi pihak penduduk sekitar Tuaran, Encik Durasik Muyong yang telah menyampaikan Cenderahati dan hamper kepada Dr Viknesvaran sebagai Clinic Carepoint Terbaik 2024 .
Clinic ini juga mendapat pengiktirafan ketiga daripada Kelab Memanah ATTRAC Daerah Tuaran .
Majlis penyampaian Cenderahati kepada Dr.Viknesvaran Thangiah disempurnakan oleh Presiden Memanah Kelab Attrac Fadle Marisen.