ADVERTISEMENTspot_img

Cadangan tubuh Enakmen Anti Buli Sabah: ‘Zara Law Ordinance’ tindakan Wajar: Robert

Robert Tawik

KOTA KINABALU : Keperluan menwujudkan Enakmen Anti Buli (Zara Law Ordinance) bagi Sabah adalah tindakan yang wajar dan keperluan itu besar maknanya untuk negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik berkata, sudah sampai masanya ordinan sedemikian rupa dikuatkuasakan secara tuntas bagi mengekang perbuatan buli bukan sahaja di institusi pendidikan dan sekolah tetapi juga libatan menyeluruh sehingga ke jabatan-jabatan kerajaan lain, TADIKA, TABIKA atau yang berkaitan dengannya.

“Budaya buli ini semakin meruncing sejak kebelakangan ini dan rakyat sudah membawanya hingga ke perhimpunan aman di sana sini.

Isu Allahyarham Zara sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa membuli itu merupakan satu jenayah dan si pelakunya harus menerima hukuman yang wajar akibat perbuatannya” katanya sebagai mengulas cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Menurutnya, isu buli ini tidak lagi boleh di pandang remeh atau dijadikan sebagai satu isu terpencil kerana ianya boleh menjejaskan mental mangsa yang boleh membawa kepada tindakan lain seperti takut mahu ke sekolah, ponteng dan pencapaian pendidikan menurun.

“Seperti kata Dr Jeffrey, jika persekutuan belum melaksanakan secara tuntas, Sabah boleh mencadangkan ordinan ini di Dewan Undangan Negeri Sabah pada masa akan datang dengan lebih memperincikan isu itu (ordinan) sebelum diwartakan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN