29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

BULI SIBER ADALAH JENAYAH – TIDAK KEBAL UNDANG-UNDANG— David Chan

David

KOTA KINABALU : Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah menegaskan bahawa buli siber (cyber bullying) adalah satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan di Malaysia.

Presidennya, David Chan, menegaskan bahawa peningkatan kes buli siber yang melibatkan penghinaan melampau, ugutan, fitnah, gangguan emosi serta serangan peribadi di media sosial menunjukkan kemerosotan nilai adab dan tanggungjawab dalam kalangan sebahagian pengguna ruang siber.

“YPNM ingin menegaskan dengan jelas bahawa kebebasan bersuara bukan lesen untuk menyerang, mengugut, memfitnah atau menjatuhkan maruah orang lain. Perbuatan sedemikian adalah satu kesalahan undang-undang dan pelakunya boleh dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Menurut beliau, perbuatan buli siber boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain peruntukan undang-undang lain yang berkaitan. Tiada sesiapa kebal daripada tindakan undang-undang, tanpa mengira status, kedudukan, pengaruh atau latar belakang.

Tambahnya lagi, kesan buli siber tidak terhad kepada serangan dalam talian semata-mata, malah boleh membawa implikasi serius terhadap kesihatan mental mangsa, termasuk tekanan emosi melampau, trauma berpanjangan dan dalam kes tertentu, mendorong kepada tindakan di luar kawalan.
Sehubungan itu, YPNM menggesa orang ramai supaya:

Jelas David berhenti menjadikan media sosial sebagai medan kebencian dan serangan peribadi. Mengamalkan adab, etika dan tanggungjawab dalam setiap hantaran dan komen. Tidak menyebarkan fitnah, kenyataan palsu atau berunsur penghinaan. Menghormati perbezaan pendapat secara matang dan berfakta

Katanya melaporkan segera sebarang kes buli siber kepada pihak berkuasa berkaitan YPNM menegaskan bahawa masyarakat bertamadun tidak lahir daripada budaya maki hamun dan serangan peribadi, sebaliknya dibina atas asas saling menghormati dan bertanggungjawab.

“Sudah tiba masanya semua pihak sedar bahawa ruang siber bukan zon bebas undang-undang. Sesiapa yang melanggar batas akan berdepan tindakan tegas,” tegas David Chan.

YPNM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mewujudkan ruang siber yang selamat, beretika dan bertanggungjawab, demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN