26.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Buku ‘Amazing Labuan Through Our Lens’ dilancarkan

Ir. Ts. Azali (empat kanan) melancarkan “Amazing Labuan Through Our Lens” bersama Prof. Ts. Dr. Rosalam (tiga kiri), Yahya (tiga kanan), Prof. Dr. Patricia (dua kiri), Dr. Geoffrey (dua kanan) dan Dr. Daria (kanan).

LABUAN: Buku ‘Amazing Labuan Through Our Lens’, terbitan UMS Publication telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Ir. Ts. Azali Andy sempena Pesta Buku Labuan 2025 yang diadakan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan, baru baru ini.

Buku cetusan kolektif lima pengarang iaitu Dr. Mary Monica Jiony, Dr. Daria Gom, Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Ainnecia Yoag dan Ruth S. Siganul telah diterbitkan bagi menonjolkan budaya dan warisan pulau ini kepada masyarakat umum.

Turut diadakan sesi khas Meet & Greet the Author bagi memberi peluang qorang ramai berinteraksi secara langsung mengenai pembikinan buku dan pengalaman mereka membentuk naratif.

Sementara penerbitan buku yang memakan masa hampir satu dekat itu mempaparkan buku bergambar, perjalanan visual melalui landskap, tradisi dan kehidupan seharian Labuan yang diceritakan melalui imejan yang kuat dan refleksi peribadi.

Prof. Madya Dr. Geoffrey (dua kiri) dan Dr. Daria Gom (tiga kanan) menunjukkan buku “Amazing Labuan Through Our Lens”.

Pelancaran buku itu juga merupakan salah satu kemuncak istimewa festival tersebut yang berjaya menarik pengunjung dari luar dan tempatan termasuk para pelajar, pendidik dan pecinta buku.

Sementara itu, Ir. Ts. Azali dalam ucapannya mengumumkan bahawa Pesta Buku Labuan akan dimasukkan secara rasmi dalam Kalendar Acara Perbadanan Labuan.

Hadir sama menyaksikan majlis itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Ts. Dr. Rosalam Haji Sarbatly, Pemangku Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh, Pengarah Penerbitan, UMS, Prof. Dr. Patricia Matanjun, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Ujana Kewangan, Johari Mesir,

GBR2 – Ir. Ts. Azali (empat kanan) melancarkan “Amazing Labuan Through Our Lens” bersama Prof. Ts. Dr. Rosalam (tiga kiri), Yahya (tiga kanan), Prof. Dr. Patricia (dua kiri), Dr. Geoffrey (dua kanan) dan Dr. Daria (kanan).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN