MENARIK…Puncak Bukit Lugas dekat Kg.Waang Ranau.
RANAU: Kelonggaran Rentas Daerah di negeri ini kini, dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Sabah untuk melancong ke destinasi menarik di Ranau meskipun pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan masih dikuat-kuasakan untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Antara lokasi baru menjadi tumpuan ramai yang berminat mengikuti aktiviti pendakian ialah, Bukit Lugas terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Kg.Waang Ranau, yang pastinya menjanjikan satu kenangan manis serta keseronokan yang sukar dilupakan oleh setiap pendaki apabila melintasi pelbagai tumbuhan bunga orkid yang tidak terdapat di tempat lain termasuk pendakian Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
“Walau bagaimanapun, semua pendaki ke Bukit Lugas adalah tertakluk kepada pelbagai peraturan terutama tidak dibenarkan untuk memetik atau mengambil apa juga jenis tumbuhan, serangga, burung atau haiwan yang ada di sepanjang perjalanan, ke puncak Bukit Lugas”,jelas Pengerusi JPKK Kg.Waang, Junadi Bin Layat @Sahirin.
Sebahagian pendaki Bukit Lugas sempat merakam gambar sebum aktiviti pendakian bermula.
Beliau yang juga ketua Penyelaras Pendakian Bukit Lugas memaklumkan, kepada yang berminat mendaki bukit Lugas hendaklah menulis surat rasmi atau membuat panggilan tempahan sehari sebelum mendaki bagi menentukan tarikh mendaki dan jumlah peserta.
“Tujuannya ialah supaya kami dapat menyediakan seorang pemandu pelancong (guide) untuk setiap satu kumpulan 5 orang dalam satu perjalanan pendaki.
“Seorang pendaki pula hendaklah membayar yuran RM10 seorang jika mahu mendapatkan sijil dan RM7 bagi mereka yang tidak memerlukan Sijil manakal bayaran seorg guide ialah RM50”, jelas Junadi sambil mengajak para peminat aktiviti lasak supaya datang mendaki hingga sampai ke pincak Buki Lugas yang punyai keunikan menarik serta lagendanya yang tersendiri.