Abidin (tengah) bersma penganjur dan para peserta kursus dalam program tersebut
RANAU: Pembantu Menteri kedpada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir menggalakkan masyarakat tempatan, khususnya belia di luar bandar agar menceburi bidang reka bentuk grafik.
Menurut beliau, bidang tersebut bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang menceburinya, tetapi juga dapat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga pada masa kini dan juga masa hadapan.
“Reka bentuk grafik ialah satu profesion, seni gunaan dan disiplin akademik di mana aktivitinya terdiri dalam menayangkan komunikasi visual yang bertujuan untuk menghantar mesej khusus kepada kumpulan sosial, dengan objektif khusus.
“Reka bentuk grafik ialah cabang reka bentuk antara disiplin dan seni halus. Ia melibatkan kreativiti, inovasi dan pemikiran lateral menggunakan alat manual atau digital, di mana kebiasaannya menggunakan teks dan grafik untuk berkomunikasi secara visual.
“Pekerjaan dalam reka bentuk projek dalam talian dijangka meningkat sebanyak 35 peratus menjelang 2026, manakala guna tenaga dalam media tradisional, seperti reka bentuk akhbar dan buku, dijangka turun sebanyak 22 peratus,” kata beliau.
Justeru, kata beliau, amat bertepatan jika masyarakan tempatan, khususnya belia menceburkan diri dalam bidang ini, memandangkan masyarakat Sabah kaya dengan kesenian dan kreativiti dalam bidang berkenaan.
Abidin yang juga merupakan Adun Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Rekabentuk Grafik (ADOBE ILLUSTRATOR) Dun N38 Paginatan 2023.
Kursus yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Kg Lohan 1, baru-baru ini.
Sementara itu, beliau berterimakasih kepada JPSM dan kepada syarikat yang telah mengendalikan kursus ini dan juga kepada pengurusan PEDI Lohan 1 yang menyediakan venue kursus tersebut.
“Kursus ini adalah kursus yang baik darisegi reka bentuk grafik yang mana mengajar para peserta membuat banner, jemputan perkahwinan dan lain-lain. Peranan pereka grafik dalam proses komunikasi ialah pengekod atau penterjemah mesej.
“Mereka bekerja pada tafsiran, susunan, dan persembahan mesej visual. Biasanya, reka bentuk grafik menggunakan estetika tipografi dan susunan komposisi teks, hiasan, dan imejan untuk menyampaikan idea, perasaan dan sikap di luar apa yang diungkapkan oleh bahasa sahaja,” kata beliau.
Abidin menambah, kerja reka bentuk boleh berdasarkan permintaan pelanggan, permintaan yang akhirnya ditubuhkan secara linguistik, sama ada secara lisan atau bertulis, iaitu reka bentuk grafik mengubah mesej linguistik menjadi manifestasi grafik.
“Tahniah kepada para peserta yang telah mengikuti kursus. Semoga apa yang dipelajari dari kursus itu dapat membantu dan menaikkan ekonomi para peserta,” jelas beliau.