Fennlya (kiri) dan rakannya Aristalis bersama seorang petugas PPV dewan maayarakat Ranau.
RANAU: Bertugas sebagai ‘frontliners’ (barisan hadapan) mengekang penularan Covid-19, memberi satu pengalaman yang agak sukar untuk dilupakan kata dua orang petugas Sukarelawan Covid dari Management Science University (MSU) Makmal Perubatan (MLT) Kota Kinabalu, Cik Fennly Poul 23, Kg.Waang Ranau dan Cik Arilaris Jipli 22, dari Kg.Suminimpod Ranau.
Kedua-dua mereka merupakan pelajar MSU menjalani pratikal di PPV dewan Masyarakat Ranau sebagai Frontliners sejak 28 Ogos dan berakhir 24 September.
“Pengalaman yang kami peroleh sepanjang bertugas sebagai barisan hadapan membantu pengurusan orang ramai yang terlibat imunisasi vaksin (suntikan) bagi memutuskan rantaian Covid-19 satu pengalaman terbaik bagi kami”, jelas Fennlya.
Fennlya menyeru mereka yang belum menerima vaksin supaya datang ke PPV terdekat sebagai benteng diri daripada jangkitan Covid-19 yang memang sukar dilihat dengan matakasar.
Menurutnya lagi penduduk tidak perlu gusar dengan vaksin yang digunakan kerajaan kerana ia sudah disahkan selamat untuk digunakan seperti vaksin jenis Sinovac, Pfizer dan Cansino.
               Â