BERMUAFAKAT….Sebahagian penduduk menyertai Gotong Royong Perdana merakam gambar bersama Jainis (lima kanan).
RANAU: ‘Bermuafakat Membawa Berkat’ dan ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama dijinjing’, pepatah itulah yang hendak diterapkan dikalangan penduduk Kg.Poring terletak 12 Kilometer dari pekan di sini, yang menganjurkan Gotong Perdana mengutip sampah-sarap sepanjang jalan raya laluan ke kawasan Taman Air Panas Poring yang sentiasa menjadi destinasi serta tumpuan utama para pengunjung termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Pengerusi JPKK Kg.Poring yang juga Pengerusi Penganjur program itu, Jainis Bin Getiban memberitahu, Gotong Royong Perdana kali ke-3 itu anjuran JPKK diadakan setiap tahun namun terhenti kira-kira 2 tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19.
“Pada kali ini dihadiri lebih 60 orang mewakili beberapa buah kampung sekitar termasuklah dari Taman-Taman Sabah, Kg. Poring, Kg.Nampasan Baru, Kg.Simpang Poring, Syarikat Lamburan dan Sutera Sanctuary Lodge Poring (SSL)dan Pengerusi-Pengerusi serta peniaga-Peniaga sekitar Taman Air Panas Poring
“Saya mewakili JPKK berterima kasih atas kehadiran penduduk menjayakan gotong royong pada kali ini”, jelas Jainis sambil menyifatkan program itu mampu memupuk perpaduan, toleransi dan keharmonian dikalangan penduduk.
Menurutnya lagi, gotong royong perdana seumpama itu juga dapat menjimatkan masa dan kos selain dapat menyiapkan kerja-kerja dengan lebih cepat. Hadir sama pada gotong royong itu ialah, Ketua Kampung Kg.Poring, Junis Radani.