25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Beicip Franlab Asia meterai MoU bersama SBH Polaris Energy Venture SB

Mohammad (kiri) menyampaikan dokumen MOU kepada Maryanti.

KUALA LUMPUR: Beicip Franlab Asia (BFA) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SBH Polaris Energy Venture SB (SPEV) bagi menjalinkan persefahaman mengenai keterlibatan SPEV sebagai wakil tunggal BFA di negeri Sabah.

Beicip-Franlab Asia ialah sebuah syarikat perunding antarabangsa untuk Industri Huluan (Upstream) bagi minyak dan Gas termasuk juga untuk industri transisi tenaga. BFA dimiliki sepenuhnya oleh Institute France de Petrol Energy Nouvelles (IFPEN) dan menawarkan teknologi terkini dalam industri Minyak dan Gas, Geothermal, Hidrogen dan juga Smart mobility.

Sejak awal tahun 1960-an, Beicip Frablab Asia telah bekerja dengan lebih 100 kerajaan negeri, 1000 operator termasuk supermajor syarikat minyak Nasional iaitu Petronas malaysia dan juga institusi perbankan.

MoU ditandatangani oleh Pengarah Urusan BEICIP FRANLAB ASIA (BFA) Mohammad Tayyab, manakala SBH POLARIS ENERGY VENTURE SB (SPEV) diwakili, Pengasas-bersama selaku Pengarah syarikat, Maryanti Ahmad.

Dengan termeterainya memorandum ini, Beicip-Franlab Asia (BFA) memberikan hak-hak perwakilan kepada SBH Polaris Energy Venture Sdn Bhd (SPEV) bagi negeri Sabah, Malaysia.

SPEV adalah sebuah syarikat milikan Sabah dengan ini akan menggunakan kapasiti penuh dan kemampuannya untuk mempromosikan BFA atas semua jenis perkhidmatan, teknologi, aktiviti latihan dan pengaturan komersil ke semua agensi Sabah dan mana- mana E&P klien yang berpotensi dan berdaftar di Sabah.

Majlis berlangsung di Pejabat BFA di GTower Kuala Lumpur dan disaksikan oleh wakil kedua2 syarikat.

      
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN