27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bayi perempuan cukup sifat dijumpai atas jalanraya

DSP Nor Rafidah Kasim.

KENINGAU:Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dijumpai oleh orang awam di atas jalanraya Jalan Kampung Kirokot Tambunan lebih kurang jam 1.05 petang tadi (Sabtu, 24 September).

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supertiden Polis DSP Nor Rafidah Kasim dalam satu kenyataan media berkata, pada hari yang sama Polis menerima laporan daripada orang awam (pengadu)lebih kurang jam 2.38 petang mengatakan mejumpai bayi berkenaan semasa perjalanan pulang ke rumahnya.

Katanya, bayi tersebut dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga.

“Pengadu terkejut dan terus mengangkat bayi tersebut masuk ke dalam kereta. Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Bayi tersebut dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan” jelasnya.

Ketua Polis Daerah itu berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini menghubungi Pegawai Penyiasat Inpektor Mohd Damsa Bin Dahlan di talian 016-4486747.

sharethis sharing button
whatsapp sharing button
facebook sharing button
telegram sharing button
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN