25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir terima Kunjungan  Delegasi Kesatuan Eropah di Malaysia

Gambar: CENDERAHATI… Bashir menerima cenderahati daripada Michalis sambil diperhatikan rakannya Pekka (dua dari kiri) dan Ghani (kanan sekali)

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias telah menerima kunjungan singkat  Delegasi Kesatuan Eropah di Malaysia yang diketuai oleh Ketua  Kedutaan Kesatuan itu, Michalis Rokas di pejabat Pengerusi Perbandanan Labuan di Tingkat 10, Menara Perbadanan Labuan, pada Khamis.

Michalis yang sebelum ini telah mengadakan kunjungan ke Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa Labuan (IBFC) diiringi oleh  Attache Perdagangan dan Ekonomi Kesatuan Eropah di Malaysia, Pekka Penttela.

Dalam pertemuan singkat itu, Michalis telah membincangkan  peluang peluang pelaburan yang  terdapat  di Labuan terutamanya dalam sektor minyak dan gas asli, kewangan pesisir pantai dan juga sektor pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Selain itu beliau juga berkongsi maklumat berkaitan   kemudahan infrastruktur  yang mampu menarik pelabur daripada Kesatuan Eropah yang  ingin memulakan pelaburan di pulau bebas cukai ini.

Sementara itu, Bashir yang juga Ahli Dewan Negara ketika ditemui media  berkata, Perbadanan Labuan sentiasa mengalu-alukan pelabur  yang berkemampuan untuk melabur sekaligus untuk dapat merancakkan semula pembangunan Labuan.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Ghani Yunus dan Pegawai Khas Bashir, Mohd Dzulfaizal Abdul Manan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN