BANJIR, HUJAN PUNCA LALUAN KERATA API TENOM-PANGI DAN RAYOH TERGENDALA: BUNG

BANJIR, HUJAN PUNCA LALUAN KERATA API TENOM-PANGI DAN RAYOH TERGENDALA: BUNG

01/07/2021 Off By Stringer

Gambar sekadar hiasan

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Perkhidmatan kereta api bagi laluan Tenom- Pangi dan Rayoh ditutup buat sementara waktu kerana kerosakan teruk pada landasan akibat banjir berikutan hujan lebat melanda kawasan tersebut pada 20-23 Mei lepas

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) ketika ditemui berkata operasi perkhidmatan bagi laluan berkenaan akan mengambil masa untuk dipulihkan.

Katanya beberapa keroskan besar ditemui antara landasan dan batu di landasan dihanyutkan banjir, tanah dan tebing runtuh di KM 114 Rayoh KM124 dan KM130 Pangi

“Kerja-kerja kecemasan bagi membaiki landasan tersebut sedang berjalan dan dijangkakan siap dalam tempoh 2 bulan, bagaimanapun kita berharap kontrator pelaksana akan dapat membuat kerja memindahkan ( realigment) landasan sementara dapat dilaksanakan dengan segara agar perkhidmatan seperti biasa dapat diadakan ” katanya

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian sebagai mengulas rungutan penduduk khususnya di Pangi yang tular di media sosial, yang terpaksa menggunakan “Motosikal Troli atau “ torli haram” sebagai kenderaan mereka untuk keluar ke pekan Tenom membeli keperluan atau mengluarkan hasil tanaman mereka untuk dipasarkan.

Menurut Bung bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) telah menyediakan Troli Pemeriksaan “ Inspection Troli” (IT) sebuah di Rayoh dan sebuah lagi di Pangi bagi menggantikan perkhidmatan keretapi penumpang.

“ Hanya troli pemeriksaan (Inspection Troli) sahaja yang boleh melalui kawasan landasan yang rosak dari tempat asal ke KM135 sebelum menaiki DMU dari KM135 hingga ke Tenom” jelas Bung.

Tambah Bung troli (IT) hanya boleh dinaiki dengan kepesiti 6-8 orang penumpang sahaja dan (IT) ini bersedia sebagai pengangkutan penduduk bagi kes kes kecemasan sepanjang 24 jam dan orang ramai khususnya di kawasan terlibat boleh berhubung dengan JKNS di kawasan berkenaan sekiranya berlaku kes kes kecemasan.

“ JKNS sedang berusaha untuk menambah bilangan (IT) di kawasan terjejas dan ianya beroperasi mengikut adual perkhidamatan sedia kala kereta api Rayoh-Tenom dengan mematuhi SOP yang ditetapkan” Tambah Bung.

Sehubungan dengan itu Bung berharap penduduk yang terlibat bersabar kerana apa yang berlaku ini sukar dijangka disebabkan faktor bencana alam, bagaimanapun JKNS sedang bertungkus lumus untuk menyelasaikan dan memperbaiki landasan agar perkhimdatan kereta api pulih seperti sediakala