PERSAHABATAN… pasukan Bambu FC (jersey biru) bersama pasukan Brunei Rimba Star.
LABUAN: Pasukan Bambu FC berjaya menewaskan Kelab Liga Kebangsaan Brunei, Brunei Rimba Star 4-2 dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan di padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan, di sini malam tadi.
Pasukan Brunei Rimba Star yang dianggotai seorang pemain import dari Indonesia, Amir Hamzah dan seorang lagi pemain import dari Australia bagaimanapun gagal menewaskan pasukan Bambu FC yang mencorakkan permainan lebih pantas dan bertenaga.
Gol kemenangan Bambu FC masing masing dijaringkan oleh Mohd Sofian Razali, Mohd Azrie Asri (dua gol) dan Nik Lleyziey Rosley.
Perlawanan persahabatan Bambu FC dan Brunei Rimba Star merupakan anjuran bersama Persatuan Belia Bebuloh dengan kerjasama Majli Belia Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan sempena Sambutan Hari Belia Negara.
Hadir sama memyaksikan perlawanan tersebut, lagenda bola sepak negara era 80 an, Datuk Hassan Sani, Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Nazera Roslan, Penolong Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Tracy Tumay Rigar, Pengerusi Persatuan Belia Kampung Bebuloh, Susi Ramilyana dan Presiden Brunei Rimba Star, Awang Yasin Awang Haji Mohd Nor.