30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Badan keagamaan disaran celik digital tangani gejala negatif

OLEH: CLEO WILL

RANAU: Badan keagamaan di negeri ini disarankan agar melihat kepada sudut digital sebagai salah satu landasan untuk diperkukuhkan bagi menangani gejala negatif dalam masyarakat moden hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata ianya penting kerana masyarakat hari ini adalah masyarakat digital yang kebanyakannya sudah celik kepada gajet dan aplikasi.

GIMIK…Madius menyempurnakan gimik perasmian Pembukaan Bangunan Borneo Theological Seminary di Kg Namaus

“Kerajaan negeri menghendaki rakyat Sabah supaya berpegang teguh kpeada nilai-nilai murni dalam agama. Maksudnya, kita mahu rakyat mempunyai pegangan keagamaan, kerana setiap agama mampu menerangkan ethos sesebuah negeri.

“Ertinya ia mampu meningkatkan nilai-nilai budaya, era atau komuniti yang ditunjukkan dalam sikap dan aspirasi negeri kita.

“Kita perlu terapkan nilai-nilai keagamaan, terlebih lagi pada zaman digital dan globalisasi ini, supaya kita dapat menghindarkan generasi kini dan juga masa hadapan daripada nilai-nilai kehidupan yang negative,” kata beliau.

Madius (kiri) bersama Jerry Dusing memotong reben pada sebagai gimik perasmian.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak menyalahgunakan agama sebagai landasan untuk mendapatkan pengaruh samada untuk mendapatkan sokongan, kuasa dan sebagainya.

Madius yang juga merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah berkata demikian semasa merasmikan Pembukaan Bangunan Borneo Theological Seminary di Kg Namaus Ranau pada Sabtu lalu.

Beliau menambah bahawa, kerajaan yang baru sangat mengambil serius dalam hal membangunkan keagamaan, dan ini termasuk juga badan-badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

Madius (kiri) merima cenderahati disampaikan Rev Dr Michael Banat.

“Pada hari ini, badan keagamaan bukan Islam di Sabah hampir mencecah 500 buah, dan selain itu, ia juga melibatkan hampir 300 buah sekolah.

“Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32 juta untuk bantuan sekolah-sekolah dan juga badan-badan keagamaan bukan Islam di Sabah.

“Pada tahun 2019 peruntukan ini telah dipertingkatkan kepada RM35 juta, iaitu terdapat kenaikan sebanyak RM3 juta.

Walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar kerajaan negeri berusaha untuk membantu semua badan-badan keagamaan dan sekolah-sekolah bukan Islam,” jelas beliau.

Jonathan (kiri) menerima cenderhati disampaikan Rev Dr.Micheal Banat.

Dalam majlis itu, Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin mengumumkan bantuan sebanyak RM120,000 kepada Pusat Borneo Theological Seminary Namaus bagi tujuan melengkapkan sumber eletrik serta peralatan lain di bangunan yang baru dirasmikan itu.

Turut hadir dalam majlis itu, Presiden SIB Sabah Datuk Jerry Dusing, ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir, Rektor Borneo Theological Seminary Rev Dr Michael Banati dan lain-lain. – TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN