26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Badan Dakwah Daerah Ranau agih 1,500 ‘Bubur Ayam’

Datuk Jonathan (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada Datuk Haji Amri mewakili Masjid Pekan Ranau, turut disaksikan yang lain.

RANAU: Di sesetengah tempat terkenal dengan ‘Bubur Lamboknya’, begitulah juga di Ranau terkenal dengan ‘Bubur Ayam’ seperti yang  disediakan dan diagih-agihkan  Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Ranau kepada 1,500 pengguna jalan raya berhampiran padang Majlis Daerah Ranau (MDR)  sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1443H/2022  di masjid Ar-Rahman pekan Ranau kelmarin.

Pegawai Daerah selaku Pengerusi Badan Dakwah daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani yang mengetuai pengagihan Bubur Ayam itu kepada para pemandu kenderaan berterima kasih kepada Jawatankuasa penyedia Bubur Ayam tersebut kerana komitmen mereka menyediakanya mengikut jadual yang ditetapkan.

Selepas pengagihan Bubur Ayam itu, majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan Ramadan kepada 15 buah Surau, 6 buah Masjid dari Mukim Tanah Rata dan sekitar pekan Ranau.

Sumbangan berupa wang tunai RM1,000 ber sama dua kotak buah kurma untuk sebuah Masjid manakala sebuah Surau menerima wang tunai RM500 berama sekotak buah korma sumbangan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang turut hadir menyampaikan sendiri sumbangan tersebut kepada para penerima, sebelum majlis Berbuka Puasa pada petang itu.

Turut menerima sumbangan ialah 10 orang Asnaf menerima bakul makanan berserta wang tunai sumbangan Badan Dakwah daerah Ranau.

Jumain dalam ucapan ringkasnya sebelum penyampaian sumbangan, merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan yang bukan sahaja menghulurkan sumbangan malah sudi hadir menyampaikannya sendiri kepada para penerima.

“Pemimpin macam inilah yang patut dicontohi bagi membantu golongan yang memerlukan”, tambah Jumain.

Hadir sama pada majlis itu ialah, mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS) yang juga mantan Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Masjid Ar-Rahman pekan Ranau, Datuk Haji Amri Bin Haji Suratman, Pemimpin  Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd
Hisyamuddin Harun yang mewakili Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, PPM Karanaan, Rosdie Abd.Ghani mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, Pengerusi Masjid Al-Rahman pekan Ranau, Datuk Haji Amri Haji Suratman dan Pengerusi Biro Hal-Ehwal Islam Pejabat  Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Sapilin Bin  Mudin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN