27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Atlet Karate Labuan sumbang pingat perak di sukan SEA Kemboja

Muhammad Aiqal bersama pingat perak yang dimenanginya, sambil disaksikan Mohd Norfarhan (kiri)

LABUAN: Atlet karate dari Wilayah Persekutuan Labuan, Muhammad Aiqal  Asmadie berjaya meraih pingat perak bagi acara   Individu Kata pada Kejohanan Sukan  SEA kali ke 32  Kemboja 2023.

Atlet yang berusia 19 tahun itu hanya dipisahkan dengan perbezaan 0.2 mata  dengan pencabarnya  dari Indonesia  yang  membawa pulang pingat emas untuk negaranya.

Miskipun  Muhammad Aiqal  sedikit kecewa atas kekalahan tipis itu, namun ia merupakan pencapaian yang membanggakan apabila  berjaya membaiki  rekod gangsa yang dimenangi di Sukan SEA kali ke 31 Vietnam 2021

Ia merupakan penyertaan kedua mewakili negara pada edisi Sukan SEA.

Turut mengiringi Aiqal di temasya itu ialah Jurulatih  Kata Negara, Sensei Mohd Norfarhan Nordin yang juga dari Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN