27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Asbullah juara golf Piala Kapten LIGC 2023

JUARA NETT…. Asbullah menerima hadiah daripada Jafar.

LABUAN: Asbullah Moksin muncul juara Pertandingan Golf Piala Kapten Labuan International Golf Club (LIGC) 2023  kategori Nett yang diadakan di padang golf LIGC pada Sabtu.

Asbullah yang  berjaya mencatatkan 62 pukulan menerima hadiah wang tunai dan sebuah  piala rebutan.

Tempat kedua kategori Nett dimenangi oleh  Leftenan Kolnel Haslen Haron yang mencatatkan 66 pukulan diikuti tempat ketiga  Hector Mervyn Stephen  Camson yang mencatatkan 67 pukulan.

Sementara itu, pemain yang tidak asing lagi di Labuan, Mohd Zariq Encho menjuarai kategori Gross selepas mencatatkan 78 pukulan, tempat kedua dimenangi oleh Ismail Piei  81 pukulan  dan tempat ketiga dimenangi oleh  Haris Mahansah yang mencatatkan 85 pukulan.

Sementara itu bagi kategori Division A, juara disandang oleh Ahmad Izz Amin (75 pukulan), tempat kedua A. Roslee Abdul Karim (76) dan ketiga Boris Samid dengan 77 pukulan.

Bagi kategori Davision  B, juara dimenani oleh Ezmikiel Linggin yang mencatatkan 68 pukulan diikuti tempat kedua  Kaharuddin Neni (72) dan tempat ketiga  Nowfal Ahamed (72 ocb).

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Golf Kapten LIGC, Jafar Ahmad.

Seramai 83 peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Golf Labuan (LGC) dan ahli Kelab LIGC telah menyertai pertandingan 18 lubang tersebut yang diadakan dua sesi, sebelah pagi dan petang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN