ADVERTISEMENTspot_img

AMS Trust teruskan tradisi santuni golongan kurang bernasib baik

Azizan tengah bersama penerima yang diraikan pada majlis tersebut.

LABUAN: Syarikat perkhidmatan kewangan, AMS Trust Company Limited, meneruskan tradisi menyantuni golongan kurang bernasib baik termasuk pesakit kronik menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan yang dilaksanakan sejak penubuhannya di Wilayah Persekutuan Labuan pada 2013.

Pengerusinya, Azizan Mat Som berkata, AMS Trust sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai usaha membantu masyarakat setempat, khususnya mereka yang memerlukan.

Menurutnya, program berkenaan memberi peluang kepada pihak syarikat untuk menziarahi serta menyampaikan bantuan kepada individu dan keluarga yang kurang bernasib baik.

“Melalui program ini, kami berpeluang menziarahi sambil menyampaikan bantuan kepada individu dan keluarga yang kurang bernasib baik dengan harapan sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban perbelanjaan mereka, khususnya dalam menghadapi bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ziarah Kasih Ramadan AMS Trust yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, seramai tujuh keluarga membabitkan 30 penerima diraikan dalam majlis berbuka puasa selain menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai.

Azizan turut berharap lebih banyak organisasi serta syarikat korporat tampil melaksanakan program CSR bagi membantu golongan masyarakat di Labuan, khususnya mereka yang memerlukan bantuan.

Turut hadir Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Amilasan Uggak serta Pengarah dan Pegawai Utama AMS Trust Company Limited Wilayah Persekutuan Labuan, Rita Mohd Sharif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN