25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Amisah Yassin ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke 16 Hari Keempat 30 November 2023 hari terakhir Adun dilantik Datuk Amisah Yassin menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah dari 27 November.

Hari keempat sebanyak sempat (4) Rang Undang-undang akan dibentang iaitu Rang Undang-undang Fatwa (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Yuran (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) 2023 serta Rang Undang-undang Perbekalan (2024) 2023 untuk bacaan kedua dan ketiga.

Sementara itu, Amisah turut berterima kasih kerana Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) PH-Plus amat prihatin dengan memberikan Bantuan Khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri Sabah termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sembilan harian.

Beliau berharap intensif ini memberi suntikan dan semangat kepada para penjawat awam.

Tambah Amisah peranan wanita turut mendapat tempat di mana, kesaksamaan gender dan membangun potensi wanita, kerajaan GRS sentiasa memastikan golongan wanita turut mendapat peluang dan faedah, antaranya, sebanyak RM6.27 juta diperuntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan RM11 juta turut disediakan melalui Yayasan Usaha Maju (YUM) untuk membantu suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil-kecilan, petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil yang memerlukan modal pinjaman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN