TERBIAR..Antara longgokan pasir disepanjang jalan antara Kg.Togop Darat dan Kg.Togop Laut.
RANAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta supaya mengalihkan timbunan pasir yang dilonggokkan ditepi jalan raya laluan antara Kg.Togop Darat dan Togop Laut disini.
Ramai penduduk menghubungi Media mohon agar pasir-batu yang dilonggokkan itu sejak dua tahun lalu telah terbiar di tepi jalan tanpa sebarang usaha untuk mengalihkannya.
Penduduk dan pengguna jalan tersebut mencadangkan supaya pihak berwajib menggunakan pasir itu untuk menimbus lubang-lubang yang terdapat sepanjang jalan raya antara kedua buah kampung berkenaan.
Jurucakap penduduk memberitahu longgokan pasir itu sudah lama terbiar, dan ditumbuhi rumput dengan sebab itu lebih baik digunakan untuk menimbus lubang-lubang jalan sepanjang jalan raya menuju kampung mereka.
“Daripada dibiarkan begitu sekian lama adalah lebih baik digunakan untuk membaiki kerosakan jalan di kampung kami”, jelas jurucakap penduduk itu yang engan namanya disiarkan.
Menurutnya lagi laluan jalan raya menuju kedua-dua kampung tersebut kini mengalami kerosakan berikutan hakisan tanah selepas hujan beberapa kali awal tahun 2024 memerlukan pembaikan sebagai kemudahan para pengguna.