Penulis (dua kanan) bersama sebahagian orang ramai yang datang melihat alat bunyian tradisi milik Yutam (kanan) dan isterinya (kiri).
RANAU: Membuat dan bermain alat muzik tradisi boleh dijadikan sumber pendapatan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.
Demikian luahan dan pendapat Yutam Bin Miki 59, dari Kg.Takutan 45 kilometer dari pekan Ranau, yang mengusahakan pembikinan alat muzik tradisi seperti Bungkau dan Sundatang yang dijualnya di pasar-pasar terbuka, tamu atau kawasan pekan di Sabah.
Ditanya harga sebatang Bungkau, Yutam yang diiringi isterinya ketika ditemui di pekan Ranau pagi tadi memberitahu, harga sebatang Bungkau ialah RM10 manakala Sundatangnya dijual kepada yang berminat dengan harga RM300 sebuah.
“Bungakau diperbuat daripada pokok ‘Polod’ yang sudah keras dan tua manakala sundatang saya buat daripada pokok ‘Tombirog’ sebab dia jenis kayu yang ringan dan bunyinya lebut serta nyaring”, jelas Yutam yang berkemahiran membuat dan bermain kedua-dua alat muzik tradisi tersebut sejak 20 tahun lalu.
“Dengan kepakaran saya dan mendapat bantuan serta sokongan daripada isteri tersayang saya, membuat kedua-dua alat muzik tradisi inilah sumber pencarian dan pendapatan untuk menyara kuarga kami”, tambah Yutam.
Semasa di pekan Ranau, ramai yang datang mendengar dan memerhati Yutam bersama isterinya bermain alat muzik tersebut sambil menderma kepada tabung yang letakkan di hadapan tempat duduk mereka.
           Â