26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Aktiviti Gotong Royong, eratkan lagi silaturahim

Antara penduduk yang bergotong-royong merakam gambar bersama Potoh (duduk tengah).

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT……. Demikian yang diterapkan lebih 30 orang penduduk Kg. Sinarut Baru di sini, telah menyertai Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan di Padang kampung itu baru-baru ini.

Program tersebut diketuai Ketua Kampung (KK) Kg. Sinarut Baru dan Kg. Sinarut Lama Potoh Selumbi yang sentiasa tegas dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan dari segi kemajuan serta keharmonian masyarakat setempat.

Menurut Potoh, program gotong-royong yang diadakan setiap bulan itu, merupakan tunjang perpaduan dan permuafakatan selain menitikberatkan penjagaan kebersihan kawasan luar dan dalam padang kampung berkenaan.

Gontong royong memotong rumput padang Kg.Sinarut Baru

Antara tugasan yang dilaksanakan ialah memotong rumput, mengutip sampah sarap dan mengumpul rumput-rumput yang telah dipotong.

Beliau turut menyarankan supaya warga Kg. Sinarut Baru sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing dan untuk mencegah pembiakan nyamuk sekaligus menjadikan persekitaran kampung sentiasa bersih serta ceria.

“Saya mengharapkan agar seluruh penduduk Kg. Sinarut Baru, sentiasa menjaga kebersihan bukan hanya di kawasan padang sahaja tetapi juga kebersihan diri dan rumah kediaman supaya tidak dijangkiti sebarang penyakit seperti demam Malaria dan sebagainya”, jelas Potoh ketika ditemui.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN