30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ahmad Izz, Ezmikiel juara Gross dan Nett kejohanan Club Champion LIGC 2024

JUARA GROSS…Ahmad Izz.

LABUAN:Ahmad Izz Amin dan Ezmikiel Linggin masing masing menjuarai kategori Gross dan Nett Kejohanan Club Champion Labuan International Golf Club Labuan (LIGC) 2024

Kejohanan yang berlangsung dua hari pada Sabtuj dan Ahad  di padang LIGC itu menyaksikan Ahmad Izz muncul juara kategori Gross dengan mencatatkan 162 pukulan untuk menerima sebuah piala rebutan dan hadiah iringan.

Naib juara bagi kategori Gross dimenangi oleh Benedik Bakri Awang yang mencatakan 164 pukulan dan tempat ketiga dimenangi Ismail Pie yang turut mencatatkan 164 pukulan.

Manakala tempat keempat dan kelima masing masing  dimenangi Haji Ismanto Ismanthono (170) dan Idris Mohamad (172 pukulan).

JUARA NETT…Ezmikiel Linggin

Sementara itu, Ezmikiel yang dinobatkan sebagai juara kategori Nett dengan mencatatkan 140 pukulan turut menerima  piala rebutan dan piala iringan.

Naib juara bagi kategori Nett dimenangi oleh Mohd  Ismifarizal (142), di tempat ketiga  Jumat Muhi yang mencatatkan 143 pukulan.

Tempat keempat dan kelima masing masing dimenangi Harrie Suritsno Sutomo (144) dan Alimuddin Amiruddin yang turut mencatatkan 144 pukulan.

Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Golf Kapten, Japar Ahmad.

Kejohanan anjuran LIGC itu disertai seramai 68 pemain tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN