27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Nabawan sambut baik keputusan MKN, KKM

Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN)dengan kerjasama Kementerian Malaysia (KKM)selaku pihak berwajib yang telah menilai dan memperhalusi keadaan semasa untuk memgambil tindakan yang sewajarnya demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini.

“Demi memastikan keadaan ini dapat dikawal saya menyeru dan memohon kepada semua masyarakat daerah ini agar terus bersabar dan tenang, patuhi segala Standard Operating Procuder (SOP)yang telah ditetapkan, beri kerjasama kepada barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” katanya mengulas” pelaksanaan PKP di daerah ini yang bermula esok 3 Mac.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berkata, selaku wakil rakyat di kawasan ini mengambil maklum terhadap situasi semasa di daerah ini mengenai penularan wabak pandemik COVID-19 yang menunjukkan kadar peningkatan jangkitan ini secara mendadak sejak beberapa hari lalu.

Justeru itu, Abdul Ghani menyeru masyarakat di daerah ini agar bersama-sama melandaikan lekuk jangkitan wabak pandemik ini.

“Marilah kita berganding bahu dalam memastikan keadaan daerah yang kita cintai ini bebas daripada COVID-19 dan kembali normal seperti sediakala” katanya.

Pada masa sama beliau mendoakan semua masyarakat di daerah ini dalam keadaan sihat walafiat, selamat dan dijauhkan daripada virus COVID-19.

“Duduk rumah jangan ke mana-mana jika tiada keperluan untuk keluar selama tempoh PKP berkuatkuasa” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN