30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sumbang kewangan jayakan Kaamatan Mukim Apin-Apin

Robert (dua dari kiri)menyampaikan sumbangan kepada Zaki.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberi sumbangan dana bagi menampung dan menjayakan program ramah mesra kaamatan peringkat Mukim Apin-Apin, Mukim Merampong dan Mukim Bunga Raya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyerahkan sumbangan itu kepada Pengarah Program Zaki Zakaria.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program itu, antaranya pertandingan sukan tradisi, tarian kebudayaan, sugandoi dan unduk ngadau.

Selain itu, cabutan tiket bertuah menawarkan hadiah menarik, antaranya pelbagai hamper, barangan elektrik, basikal sebuah motosikal.

Antara yang menarik dikunjungi adalah rumah atau pondok tradisi yang dikelolakan oleh para pemegang bersama dengan Pengerusi-Pengerusi JPKK setiap kampung dari tiga Mukim terlibat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN