30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sentiasa turun padang pantau perlaksanaan projek dalam kawasan

Robert (tiga dari kanan)bersama rombongan semasa melawat penyelangaraan Jalan Gravel Kampung Mararagang Mukim Apin-Apin.

KENINGAU:Bagi memastikan pelaksanaan projek di setiap kampung di kawaaan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bingkor dilaksanakan dengan baik ADUN kawasan itu Datuk Robert Tawik @ Nordin sentiasa turun padang membuat pemantauan.

“Sama ada penyelanggaraan atau bina baru saya akan pantau bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut arahan kerja” kata Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata demikian selepas melawat penyelenggaraan dan naiktaraf jalan-jalan kampung serta bina baru perparitan di bebeeapa buah kampung di DUN) Bingkor kelmarin.

Lawatan ini bagi memastikan pelaksanaannya sesuai seperti yang telah dirancang berdasarkan permohonan dan perbincangan yang telah dilakukan.

Antara yang dilawati ialah penyelenggaraan Jalan Gravel Kampung Liau Laut Mukim Merampong, penyelenggaraan Jalan Gravel Kampung Takad Salatan Mukim Apin-Apin, bina baru parit konkrit Kampung Kikiran Mukim Apin-Apin, naiktaraf kepada Jalan Konkrit Kampung Nuntunan Apin-Apin, Mukim Apin-Apin dan penyelenggaraan Jalan Gravel Kampung Mararagang Apin-Apin, Mukim Apin-Apin.

Robert berharap projek-projek yang dilaksanakan ini dapat mempermudahkan sedikit sebanyak kepada pengguna dan mereka yang terlibat.

Hadir sama pada lawatan ini, Pemimoin Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor, Junior Fred, Pegawai Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Tinus Majip; Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim, Penyelia Kemajuan Masyarakat UPPM  N.40 Bingkor Zaki Zakaria, Ketua Kampung Kampung Kikiran Patinin Bakawu, Pengerusi JPKK Kampung Kikiran Henly Bianus dan Pengerusi JPKK Kampung Nuntunan Bibiana Lasius.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN