Jennifer menyampaikan sumbangan kepada Laigin mewakili Hately.
KENINGAU:Ketua Wiranita STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor Jennifer Epil mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kewangan dan bahan makanan kepada Hately Angkangon yang sedang terlantar sakit di Kampung Bingkor Baru.
Sumbangan dari Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu diterima oleh Laigin Angkangon mewakili adiknya yang sedang sakit.

Jennifer menyampaikan kerusi roda kepada Dius.
Selain itu Jennifer menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bantuan makanan kepada Dius @ Gedius Bin Bindoi @ Bundoi di.Kampung Berungis Bingkor.
Manakala seorang lagi pesakit warga emas iaitu Polinus Niong turut menerima bantuan.
Ketika menyampaikan sumbangan-sumbangan berkenaan, Jennifer diiringi oleh AJK Wiranita dan wakil dari Pejabat Pusat Khidmat P.180 Puan Jailine Rose Lian.