32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Adik Paul Brooklyn JB terima sumbangan dari ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kepada adik Paul.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik@ Nordin menyampaikan sumbangan ikhlas kepada adik Paul Brooklyn JB yang telah mendapat jemputan untuk mengikuti latihan Badminton dibawah Serdang BC Sdn.Bhd. bertempat di Selangor Darul Ehsan.

Selepas menyampaikan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah mengucapkan tahniah kepada adik Paul Brooklyn yang telah terpilih untuk mengikuti sesi latihan tersebut.

Katanya, peluang seperti ini perlu disokong kerana apabila ia berjaya kelak ia akan mengharumkan nama daerah ini dan seterusnya negeri Sabah.

“Selamat mengikuti latihan dengan jayanya dan semoga mendapat pengalaman baharu dalam bidang sukan yang diceburi” dorong Robert kepada adil Paul.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini, adik Paul dapat mempersiapkan diri untuk mengikuti kursus tersebut.

Sementara itu pihak keluarga adik Paul menghargai keprihatinan dan kepedulian Robert yang sentiasa mengambil berat keperluan golongan belia dan pelajar-pelajar di kawasan ini.

Brooklyn berkata, Robert bukan sahaja membantu belia-belia yang menceburi bidang sukan tetapi juga dalam pendidikan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN