31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Adat istiadat tradisional masyarakat orang asal Sabah perlu dikekalkan: James Ratib

Datuk James Ratib mengambil bahagian dalam simbolik memotong padi sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Zon 1 Sapi Nangoh, Telupid

TELUPID: Adat istiadat tradisional masyarakat orang asal Sabah perlu dikekalkan agar generasi pada masa akan datang terus menjadikan ia suatu tauladan dan panduan untuk menjalani kehidupan harian mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib berkata, beberapa amalan adat istiadat tradisional masyarakat orang asal negeri Sabah seperti tatacara pertanian serta menyambut perayaan pesta kaamatan boleh memberikan pengajaran berharga kepada generasi muda untuk menjalani kehidupan secara berhemah.

“Moral daripada ajaran adat istiadat nenek moyang kita seperti amalan bercucuk tanam untuk menjimatkan perbelanjaan, merapatkan silaturahim melalui penganjuran pesta kaamatan antara pengajaran berharga yang perlu dikekalkan”. Katanya ketika ditemui dalam majlis sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Zon 1 Sapi Nangoh, Telupid pada Sabtu.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah berkata, generasi muda perlu juga mendalami beberapa sistem perundangan Mahkamah Anak Negeri agar mereka dapat melibatkan diri dalam penyelesaian beberapa isu-isu membabitkan komuniti kampung sekiranya diperlukan.

.”Kekal Adat Istiadat Tradisional Agar Tidak Hilang Ditelan Zaman”, James Bersama Johhnybone melakukan simbolik menumbuk beras menggunakan bekas dikenali sebagai ‘Tosung’.

Tegasnya, tidak salah untuk berjumpa dengan pemimpin setempat khasnya mereka yang mahir dalam perundangan adat istiadat untuk mendapatkan ilmu kerana generasi muda adalah golongan pelapis yang bakal mewarisi tradisi itu pada masa akan datang.

“Walaupun kemajuan teknologi semakin pesat ketika ini, namun generasi muda perlu belajar daripada orang berpengalaman mengenai adat istiadat kampung. Kata orang, biarlah kita tetap mengekalkan adat istiadat tradisional disamping menjalani budaya hidup yang serba moden”. Tegasnya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB.Johnnybone J.Kurum, Ahli Dewan Undangan Negeri Telupid merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Celestin J.Jouitol, Pegawai Daerah Telupid dan Laslie Masuil, Ketua Daerah Telupid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN