33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Adakan pertandingan inovasi Kubis pada penganjuran akan datang: Jonathan

KENANGAN…Ahli rombongan merakam gambar bersama Datuk Jonathan (duduk tengah) dan Japiril (duduk empat dari kanan) bersama staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

RANAU: Jawatankuasa Sambutan Pesta Kubis Kundasang disaran supaya menganjurkan sambutan dengan memasukkan acara Pertandingan Inovasi Kubis (PIK) sebagai acara baru pada masa akan datang selain acara-acara biasa.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, Jawatankuasa sambutan Pesta Kubis  yang merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu para petani sayuran segar tanah tinggi  Kundasang, perlu ada inisiatif menambahbaik acara dengan baharu melibatkan para petani.

“Setiap kali Pesta Kubis memang banyak acara menarik namun belum di ketengahkan acara PIK sebagai inovasi kepada pada pekebun di Kundasang”, jelas Datuk Jonathan ketika menerima Kunjungan Hormat serombongan 30 orang Jawatankuasa Pesta Kobis Kundasang 2023 yang akan berlangsung pada16-18 Disember.

Ketibaan rombongan
yang diketuai Pengerusinya, Japiril Bin Suhaimin telah disambut mesra oleh Datuk Jonathan bersama staf pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Datuk Jonathan kemudiannya telah diperkenalkan barisan Jawatankuasa yang menyertai kunjungan tersebut.

Japiril ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana sudi menerima kunjungan mereka yang julungkali diadakan itu.

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran  Datuk  bersama orang ramai termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri ke Pesta Tahunan itu, yang menyediakan para pengunjung dengan pelbagai acara menarik, termasuklah Pameran, Pertandingan Nanyian, cabutan nombor pengungunjung bertuah dan banyak lagi.

Menurut Japiril Pesta itu dijangka akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap  Menteri Pembangunan Perindustrian yang juga ADUN N.36 Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr
Joachim Gunsalam dan turut menjemput para pemimpin masyarakat Ranau dan Kundasang.
termasuk Datuk Jonathan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN