PRIHATIN – Narusin bersama KK Petrus dan AJK JKKK Kampung Bingkor Lama menyantuni pesakit semasa program tersebut dengan menyerahkan sumbangan daripada tabung JKKK kepada pesakit.
BINGKOR: Pasukan perubatan Hospital Keningau dan Klinik Kesihatan Bingkor melaksanakan lawatan rumah kepada pesakit terlantar di Kampung Bingkor Lama kelmarin bagi menyediakan rawatan pemulihan, menilai keadaan kesihatan serta membantu memenuhi keperluan penjagaan pesakit.
Lawatan itu melibatkan Unit Fisioterapi, Suriati Esther; Unit Pemulihan Cara Kerja, Jacquenne dan Leonody; serta Penolong Pegawai Perubatan, John.
Turut serta ialah Pengerusi JKKK Kampung Bingkor Lama, Narusin Nasipin, ahli JKKK nya dan Ketua Kampung yang juga Duta Prihatin Masyarakat (Duta Kenali Ubat Anda) untuk Klinik Kesihatan Bingkor, KK Petrus Attap.
Lawatan tersebut merangkumi rawatan fisioterapi dan pemulihan di rumah, penilaian kesihatan, nasihat penjagaan kepada ahli keluarga serta pemantauan keperluan dan perkembangan pesakit.
Sebagai tanda keprihatinan, JKKK Kampung Bingkor Lama turut menyalurkan sumbangan daripada tabung JKKK kepada dua orang pesakit yang dilawati bagi membantu meringankan beban mereka dan keluarga.
Kerjasama antara pasukan perubatan dan kepimpinan kampung ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan pesakit terlantar terus mendapat perhatian, rawatan dan sokongan sewajarnya di rumah. –Paul Ukau



