ADVERTISEMENTspot_img

Pulau Kuraman terima dua pengiktirafan dari MBOR

Siti Nurhanim menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Mohammad Azmi sambil diperhatikan Thomas (tiga dari kanan), Simsudin (lima dati kiri) dan Rithuan (empat dari kiri).

LABUAN: Pulau Kuraman yang terletak kira kira 14 kilometer dari Wilayah Persekutuan Labuan mencatat sejarah tersendiri apabila Beting Pasirnya mendapat dua pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai beting pasir semulajadi yang terpanjang di Malaysia dengan ukuran sepanjang 808.4 meter.

Selain itu. Pulau Kuraman turut menerima pengiktirafan beting pasir terdedah sepanjang 790.4 meter.

Pengiktirafan itu dimaklumkan oleh Ketua Rekod dan Penyelidikan MBOR, Siti Nurhanim Mohd Noh yang melakukan pengukuran terhadap Beting Pasir Pulau Kuraman yang diadakan sempena Program Bersih Setiap Tempat (BeST) Pulau Kuraman anjuran JWP dan Perbadanan Labuan, pada Ahad.

Pada majlis itu, Siti Nurhanim turur menyerahkan dua Sijil Pengiktirafan kepada Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.

Hadir sama menyaksikan detik bersejarah pengiktirafan itu, Timbalan Ketua Pengarah JWP, Datuk Parang Abai@Thomas, Timbalan Pengerusi Perbadansn Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal JWP, Wan ailawati Wan Mahmood.
.
Muhammad Azmi ketika ditemui media berkata, pengiktirafan itu membuka peluang kepada kawasan berkenaan untuk dibangunkan sebagai tarikan pelancongan baharu di pulau itu.

Katanya, JWP merancang untuk membangunkan keunikan pulau Kuraman bersama Perbadanan Labuan menerusi konsep pelancongan berasaskan komuniti dengan melibatkan komuniti setempat sebagai usaha memelihara keindahan semula jadi Pulau Kuraman.

Bagi mengindahkan lagi Pulau Kuraman, Mohammad Azmi menberikan tempoh sebulan kepada Perbadanan Labuan untuk memulakan kerja-kerja pembangunan yang melibatkan kerjasama 27 Ketua Kampung.

“Jabatan akan menyediakan dana bagi usaha ini dan setiap kampung akan membina gazebo untuk kemudahan pengunjung beristirahat dan menjalankan aktiviti, katanya.

Bagaimanapun jelasnya, bentuk sturuktur yang akan dibangunkan hanya menggunakan serpihan kayu yang terdampar di pulau itu,

“Kalau kita nampak tadi, banyak kayu-kayu terdampar yang boleh kita guna sebagai bangku. Kita tak tidak perlu membina struktur yang besar yang merosakkan keindahan Pulau Rusukan.”, katanya.

Untuk rekod Pulau Kuraman berkeluasan 363 ekar (1.7 kilometer) merupakan antara 11 geopark di Labuan yang dianggarkan berusia 35 juta tahun.

Dikalangan penduduk tempatan khususnya para nelayan Pulau Kuraman turut dikenali sebagai Pulau ‘Ikan Pari’ kerana bentuk pulau itu seakan menyerupai habitat tersebut dan beting pasir yang memutih panjang dianggap sebagai ekor ikan pari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN