Bergabung tenaga Pemuda UMNO, KGL dan Unit Khidmat Kebajikan Perlimen Labuan dalam misi bantuan penghantaran air.
Labuan: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan,
Unit Kebajikan Pusat Khidmat Rakyat Perlimen Labuan dan Kelab Generasi Labuan ( KGL) serta beberapa agensi kerajaan lain bergabung tenaga melaksanakan misi penghantaran air ke kawasan penduduk kampung yang terjejas bekalan air sejak lima hari yang lalu.
Antara agensi Kerajaan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan itu Jabatan Bekalan Air Labuan (JBA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, dan Perbadanan Labuan.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Saiful Pungot ketika ditemui media berkata, inisiatif penghantaran bantuan air dilaksanakan selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Wilayah Persekutuan Labuan mengaktifkan gerakan bantuan penghantaran air ke kawasan terjejas.
” Kami telah menggunakan tiga buah lori persendirian bagi misi penghantaran mengisi tangki air penduduk kampung yang terjejas.
“Sebanyak tiga lori milik pensendirian digerakkan secara sukarela sejak Ahad lalu sehingga hari ini (Rabu) untuk menghantar bekalan air kerumah rumah penduduk kampung yang kritikal untuk mendapatkan air”,katanya,
Menurut Saiful, pihaknya mengambil sumber air dari loji rawatan air Sungai Keling dan Rancha Rancha bermula seawal jam 5 petang sehingga jam 4 pagi melibatkan 10 ahli pemuda UMNO Bahagian Labuan.
Pada Ahad lalu pihak JBA Labuan telah memaklumkan hampir keseluruhan kawasan di pulau ini mengalami gangguan bekalan air berikutan kerosakan pam air mentah Fasa Dua di Loji Rawatan Air Lawa Gadong, Beaufort, Sabah.



