ADVERTISEMENTspot_img

HSN bukan sekadar memenuhi acara gaya hidup sihat-Samsudin

Simsudin (kiri sekali) bersama Rithuan dan ketua ketua jabatan ketika menyertai senamrobik Hari Sukan Negara 2026 peringkat Labuan.

LABUAN: Hari Sukan Negara (HSN) 2026 yang bertemakan Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan AI bukan sekadar menterjemahkan acara sukan dan riadah semata mata sebaliknya memperkasakan amalan gaya hidup sihat dengan mengikuti perkembangan teknologi AI selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Demikian kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.

Simsudin berkata,Hari Sukan Negara 2026 yang bertemakan Teknologi Digital dan Kecerdesan Buatan AI turut membawa mesej
bahawa kemajuan teknologi perlu bergerak seiring dengan penjagaan kesihatan fizikal dan mental demi melahirkan masyarakat yang lebih cergas dan sejahtera.

Menurut Simsudin, kadar penglibatan warga Labuan dalam aktiviti sukan dan rekreasi dianggarkan antara 52 hingga 55 peratus, sekali gus mencerminkan penerimaan positif masyarakat terhadap gaya hidup aktif.

Sementara itu sebanyak 26 acara telah disediakan yang membabitkan lebih 10,000 penyertaan.

Aantara pengisian utama yang berjaya disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk Larian Ria MADANI, Berjalan Ria MADANI, segmen Malaysia Aktif, pameran industri sukan serta aktiviti berteraskan gaya hidup Rakan Muda yang merangkumi Rakan Aktif, Rakan Digital, Rakan Niaga dan Rakan Litar.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah JBS Labuan Mahanum Fauzi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN