ADVERTISEMENTspot_img

Pengamal Media Labuan terima sumbangan Tabung HAWANA

Fahmi (tiga dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada Adam Kong (dua dari kiri) semasa menziarahi Kong diKampung Kerupang.

LABUAN: Seorang wartawan yang mengunakakan kaki palsu menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM bagi membantu mendapatkan kaki palsu baharu untuk kegunaan harian dan tugasan kewartawanan.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Dato’ Seri
Fahmi Fadzil ketika menziarahi wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38 tahun sempena lawatan kerja beliau ke Labuan pada Rabu.

Adam Kong yang juga seorang mualaf memaklumkan kaki palsunya perlu diganti setiap empat atau lima tahun bagi membantu pergerakannya lebih stabil.

Sementara itu, Fahmi yang simpati dengan nasib Kong turut menghulurkan bantuan peribadi.

Bagaimanapun katanya, Adam Kong masih memerlukan sumbangan tambahan bagi menampung kos pembelian kaki palsu yang baharu.

“Pihak HAWANA telah menyalurkan bantuan dan saya secara peribadi turut menyumbangkan, namun beliau masih memerlukan sumbangan tambahan untuk menampung kos pembelian kaki palsu yang baharu dan saya minta beberapa pihak untuk membantu”, katanya ketika ditemui pemberita.

Tabung Kasih@HAWANA yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi menerusi BERNAMA sejak April 2023 telah memanfaatkan 860 pengamal media di seluruh negara.

Jelas Fahmi, tabung berkenaan merupakan inisiatif menerusi sumbangan tanggungjawab sosial korporat Telekom Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada Jun tahun ini, seramai 90 pengamal media menerima manfaat inisiatif berkenaan.

Sementara itu, Fahmi turut berkesempatan menyampaikan sumbangan bantuan kepada pesakit terlantar di Kampung Tanjung Aru menerusi Program Ziarah Kasih.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN