ADVERTISEMENTspot_img

Sabah Kutip RM1.387 Bilion Cukai Jualan Negeri Daripada Sektor Utama Setakat 30 Jun

Ben Chong

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kutipan Cukai Jualan Negeri (CJN) berjumlah RM1.387 bilion daripada sektor utama sehingga 30 Jun 2026, Dewan Undangan Negeri Sabah dimaklumkan pada Selasa.

Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Ben Chong berkata, kutipan itu melibatkan produk petroleum sebanyak RM679.45 juta, minyak sawit mentah termasuk biojisim kelapa sawit RM703.55 juta dan komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah sebanyak RM4.22 juta.

Beliau menjawab soalan Datuk Donald Peter Mojuntin (Moyog) yang meminta penjelasan mengenai kutipan SST Sabah mengikut sektor utama seperti petroleum, kelapa sawit, hasil laut dan produk perhutanan bagi tahun terkini.

Beliau turut memaklumkan sektor perhutanan setakat ini tidak tertakluk kepada pengenaan Cukai Jualan Negeri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN