Hannah Yeoh (tengah) Muhammad Azmi (tujuh kiri), Profesor Datuk Dr. Rossita (empat kanan) dan Profesor Dr. Shamsul Bahari (tiga kanan) bersama ahli Mesyuarat Pelarasan Hala Tuju Pembangunan TVET Wilayah Persekutuan Labuan.
LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Hala Tuju Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Wilayah Persekutuan Labuan di Bilik Seminar Kiamsam, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan), Farah Adura Hamidi dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UMS, Profesor Datuk Dr. Rossita Shapawi.
Hadir sama Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Mohd. Husni Mohamad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Haji Mohd Ismail dan Pengarah UMSKAL, Profesor Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.
Hannah menerusi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan cadangan dan rancangan berkenaan mencapai matlamatnya.
Pada kesempatsn itu, Hannah turut meninjau pemandangan menarik Wilayahh Persekutuan Labuan dari Aras 13 yang turut menempatkan Balai Cerapan Melihat Anak Bulan.
Sementara itu, Profesor Dr. Shamsul Bahari mengalu-alukan kehadiran Hannah dan mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau memilih UMSKAL sebagai lokasi mesyuarat TVET Labuan.
UMSKAL yang terletak kira-kira 18 km dari pusat bandar sedia menyokong penyelidikan, pemadanan program dan penglibatan akademia – industri.
UMSKAL yang beroperasi sejak Januari 1999 juga berpotensi menjadi rakan strategik bagi pembangunan pusat kecemerlangan TVET.
Profesor Dr Shamsul turut mengalu-alukan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan serta industri dan swasta untuk menjayakan program TVET di UMSKAL.



