ADVERTISEMENTspot_img

20 ORANG DICALONKAN REBUT 9 AJP PERSATUAN MASYARAKAT BRUNEI SABAH

NORHASAN ..Setiausaha Agung PMBS.

KOTA KINABALU: Seramai 20 orang pemimpin dan ahli Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS) dicalonkan merebut sembilan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun pada 13 Jun ini di Dewan Saadah Wisma Muis di sini.

Mereka menerima pencalonan itu dari 31 daripada 32 cawangan yang layak mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Peringkat Cawangan. Satu lagi cawangan masih diperingkat penaja.

Mesyuarat cawangan bermula 1 Mei lalu sehingga 31 Mei untuk memilih AJK Cawangan yang baharu bagi Sesi 2026-2028 dan memilih perwakilan yang akan hadir untuk AGM Pusat.

Setiausaha Agung PMBS, Norhasan Haji Ismail berkata calon-calon yang layak bertanding ialah Encik Ahmad Yaakub, AK Abdullah Salbi Pg Basunih,AK Alliyuddin Pg Ahmad Tajuddin@Pg Alliyuddin,Datuk Dr Hj Ag Saat Hj Ag Damit, Hajah Dr Dg Hajijah Awang Ali, Hj Ag Damit@ Sahzain Pg Hj Abd Razak, Hj Ag Faizal Datuk Hj Ag Sahak, Hj Ampuan Abdul Wahab Ampuan Hamzah, Hj Latip@ Ahmad Osman dan Hj Liman Yusof.

Sepuluh lagi calon Hj Suhaimi Hj Said, Matnor Abdullah,Md Haizan Abd Rashid, Hj Mohd Saidin Ibrahim,Puan Nismah Kanak,Norlihan Mohd Azman, Pg Junaidi Pg Tinggal, Prof Dr Hj Rashid Hj Mail, Zaidi Hj Omar dan Zakariah Hj Ibrahim.

CERTA Kepimpinan PMBS bagi Sesi 2023-2026.

Beliau sebelum ini berkata tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden 1, masing- masing dimenangi oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Hj Mohd Arifin Datuk Hj Mohd Arif bagi jawatan Presiden.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Hj Pg Saifuddin Hj Pg Tahir menang tanpa tanding jawatan Timbalan Presiden dan Hj Pg Japar Hj Pg Osman menang Naib Presiden 1.

Terdapat beberapa jawatan juga akan dilantik oleh Presiden antaranya Naib Presiden 2, Naib Presiden 3, Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Penolong Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan beberapa orang AJP Pusat.

Norhasan berkata sebelum Mesyuarat Agung bermula satu forum budaya etnik Brunei akan diadakan pada jam 8 pagi.

Gerai-gerai jualan produk ahli-ahli dari cawangan PMBS juga akan diadakan semasa Mesyuarat Agung itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN