Tiga wanita warga Filipina yang didakwa di Mahkamah atas kesahalahan tinggal dan berada di Labuan tanpa dokumen yang sah.
LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Wilayah Persekutuan Labuan menahan 13 warga Filipina selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen diri yang sah dalam Operasi Penguatkuasaan (OP Bersama) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara, pada Isnin.
Pengarah JIM Wilayah Persekutuan Labuan, Mihd. Redzuan Nawi dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata mereka yang ditahan terdiri 12 lelaki dan seorang wanita di beberapa lokasi sekitar Labuan.
“Kesemua individu yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kini ditahan di IPD Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk tindakan.
Dalam perkembangan lain tiga wanita warga Filipina berusia antara 18 hingga 46 tahun telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tinggal dan berada di Labuan tanpa pas sah.

Pegawai Penguatkuasa JIM ketika melakukan pemeriksaan terhadap warga asing.
Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan.
Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Labuan, Pegawai Imigresen Tinggi Sharlela Samsuddin sementara pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Melissa Chia Pui Fung.
Mohd Redzuan berkata pihakya komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga asing yang tinggal tanpa pas sah serta majikan atau pemilik premis yang menggaji pendatang tanpa izin.



