ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Parlimen Keningau Sumbang Kerusi Roda


KENINGAU: Ahli Parlimen Keningau merangkap ADUN Tambunan, Jeffrey Kitingan, menyempurnakan penyerahan sumbangan kerusi roda kepada Ward Quality Discharge (WQD) Perubatan Integrasi 4B, Jabatan Perubatan Hospital Keningau dalam satu majlis ringkas di perkarangan hospital itu, Sabtu lalu.


Sumbangan berkenaan turut merangkumi buah limau mandarin dan kurma sebagai tanda sokongan moral kepada pesakit serta petugas kesihatan.


Jeffrey berkata inisiatif itu merupakan usaha berterusan membantu institusi kesihatan di kawasan pedalaman supaya sentiasa dilengkapi kemudahan mencukupi demi keselesaan dan kebajikan pesakit.


“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memastikan kemudahan kesihatan, khususnya di kawasan pedalaman, terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat,” katanya.


Majlis penyerahan diadakan sejurus selepas program rasmi beliau di Tambunan sebelum bergegas ke hospital berkenaan bagi menyampaikan sumbangan kepada wakil WQD Perubatan Integrasi 4B.


Turut hadir Ketua Bahagian STAR Liawan Johari Pongod, Ketua Wira Muda STAR Liawan Moddy Patrick serta Pegawai Penerangan STAR Liawan Ronanus Ehalui.


Sumbangan kerusi roda itu dijangka membantu pesakit yang memerlukan kemudahan mobiliti serta menyokong kelancaran operasi rawatan, di samping menghargai komitmen petugas kesihatan di hospital berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN