25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PBS MENYOKONG KERAJAAN MADANI, BANTU CALON BN DALAM PRK DUN LAMAG DAN PARLIMEN KINABATANGAN

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) menegaskan sokongan penuh kepada Kerajaan Madani serta komitmen untuk memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan yang akan diadakan esok.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, PBS akan bekerjasama secara erat dan menyeluruh dengan jentera BN bagi memastikan kemenangan calon BN sekali gus mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut.

“PBS kekal konsisten dalam pendirian politiknya dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN dalam PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan.

Kerjasama ini adalah selari dengan semangat kestabilan politik serta sokongan terhadap Kerajaan Madani,” katanya.

Joachim turut menegaskan bahawa PBS tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan parti.

“Sekiranya terdapat mana-mana ahli yang ingkar atau bertindak bertentangan dengan arahan parti, perkara tersebut akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil,” tegas Joachim.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS yang pertama bagi tahun 2026, di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PBS, di sini, hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat AMT tersebut turut membincangkan beberapa hala tuju strategik dan way forward parti dalam memperkukuhkan peranan PBS sebagai sebuah parti tempatan yang relevan dan terus memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

“PBS akan terus memainkan peranan konstruktif dalam landskap politik negeri dan persekutuan, serta memperkukuh kerjasama dalam gabungan demi kestabilan dan kemajuan Sabah,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN