31 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BAF 2025 dijangka beri limpahan ekonomi berganda kepada Labuan

LABUAN: Penganjuran Borneo Art Festival (BAF) 2025 yang bakal berlangsung 13-17 November ini di Tapak Borneo Flora Festival (BBF) Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan dijangka mampu memberi limpahan ekonomi berganda kepada penduduk Labuan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustapha berkata, penganjuran BAF selama 5 hari itu bukan sahaja menarik lebih ramai kehadiran pelancong tetapi juga dijangka memberi limpahan ekonomi dengan nilai kasar sekitar RM10. 3 juta berdasarkan purata hasil penganjuran terdahulu.

“BAF 2025 mampu memberi impak ekonomi yang dijana melalui perbelanjaan langsung pelancong yang memberi manfaat kepada peniaga kecil pengusaha homestay dan kontraktor tempatan sekaligus merancakkan ekonomi setempat”,katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman berkenaan strategi serta pelan tindakan kerajaan dalam usaha menjadikan penganjuran BAF diiktiraf sebagai salah satu program bawah kluster pelancongan Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA).

Dr. Zaliha berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan terus bekerjasama dengan Perbadanan Labuan bagi merangka program pelancongan berimpak tinggi sekaligus menjenamakan semula Labuan sebagai destinasi pelancongan serantau di bawah inisiatif Brunei, Indonesia, Malaydia, Philipine- East ASEAN Growth Area ( BIMP-EAGA).

Sementara itu katanya, penganjuran program pelancongan secara berterusan juga mampu mengangkat dan memperkukuhkan jenama Galeri LAWA (Labuan Warisan) yang menampilkan hasil kraf seperti batik linut, subang manik bermotifkan khas Borneo.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN