ADVERTISEMENTspot_img

JARINGAN ISMAIL ABU BAKAR PENYELAMAT KELAB WIRA JAYA

Ag.Ismail bertukar cenderakenangan bersama Said Lawadin Ketua Pasukan RRB

TAMPARULI: Jaringan Ismail Haji Abu Bakar minit-minit akhir perlawanan menyelamatkan pasukan Kelab Wira Jaya dari ambang kekalahan kepada Pasukan RRB Tuaran.

Ismail yang juga Penasihat Kelab Wira Jaya yang bergandingan baik dibarisan hadapan bersama Abd Wahid Abd Hamid dan Lani Hj.Ansun yang masing-masing menjaringkan satu gol dalam aksi persahabatan baru-baru ini.

RRB dari Tuaran yang diketuai oleh Sait Lawadin hanya berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 dalam perlawanan di Padang Pekan Tamparuli.

Pasukan Wira Jaya.(Kuning) merakamkan gambar bersama Pasukan RRB dari Tuaran sebelum perlawanan di Padang Pekan Tamparuli . Kelihatan Ismail Hj Abu Bakar ( Berdiri 5 kanan)

Gol-gol dari RRB dihasilkan oleh Affendy dan dua jaringan lagi dihasilkan oleh Jasni Bin Kualih.

Turut menyerikan perlawanan persahabatan ini dengan kehadiran Selamat , Boy dan Lani dalam pasukan Wira Jaya selaku pemain jemputan dari Membakut selain kehadiran adik Mohd Faiz Asrizam yang juga merupakan cucu kepada Ag.Ismail dari Tuaran iaitu salah seorang pemain skuad Sabah bawah 18 tahun ketika ini yang menyaksikan perlawanan pada petang tersebut.

Pujian juga harus diberi kepada Norsin Bin Kiki selaku Penjaga GolRRB yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan apabila
menafikan dua tendangan penalti pihak lawan selain tiga percubaan berbahaya satu lawan satu.

PENJAGA GOL TERBAIK DARI RRB Norsin Kiki (Tengah) merakamkan gambar bersama Ismail (Kanan) dan Jasni

Menurut Ag.Ismail ketika ditemui selepas perlawanan berkata, tujuan perlawanan persahabatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pasukan dari dua daerah yang berjauhan selain sebagai jambatan silaturahim dalam mengukuhkan lagi ukhuwah bersama masyarakat setempat.

“Kalah dan menang bukanlah ukuran namun natijahnya kita dapat merapatkan lagi saf dan dapat kenal mengenali antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dalam memupuk perpaduan tanpa mengira agama , bangsa dan budaya.

Di akhir perlawanan Nursin Kiki dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Terbaik senentara itu Mildat Md Jaya dari Kelab Wira Jaya dipilih sebagai Pemain Terbaik sepanjang perlawanan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN