USTAZ DIK DIK@ Sidek akan menyampaikan ceramah khas malam Rabu ini.
KUALA PENYU: Sempena Jaulah Dakwah bulan ini satu Ceramah Khas akan diadakan di Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu dekat sini pada malam Rabu bersamaan 1 hb.Oktober 2025.
Menurut Pengerusi Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu, Haji Mardan Dahlan, Ceramah Khas itu akan dimulakan selepas Solat Fardhu Maghrib.
Katanya, Ceramah Khas sempena Jaulah Dakwah itu akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dik Dik @ Sidek AL Hafiz dari Indonesia.
Selaku Pengerusi Masjid,Haji Mardan menjemput kaum muslimin dan muslimat disekitar kampung Palu-Palu,Kg.Ilanun, Kg.Kitang dan juga Kg Purun hadir untuk mendengar dan menjayakan Ceramah Khas yg dianjurkan sempena Jaulah Dakwah di masjid tersebut..KA.



