ADVERTISEMENTspot_img

RM90 juta untuk badan keagamaan bukan Islam dan institusi pendidikan persendirian di Sabah tahun depan: Masidi

Masidi dan lain-lain menanam pokok di Ladang BNF selepas perasmian majlis itu (Photo credit: Team Masidi Manjun Fans)

RANAU: Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju untuk meningkatkan peruntukan kepada semua badan keagamaan bukan Islam dan institusi pendidikan persendirian di Sabah sebanyak RM20 juta kepada RM90 juta pada tahun hadapan.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Hj Masidi Manjun bekata, peningkatan dari RM70 juta kepada RM90 juta pada tahun hadapan seperti yang diumumkan YAB Ketua Menteri itu adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk kesejahrteraan rakyat Sabah.


“Sebab mengapa ada peningkatan seumpama ini ialah mudah sahaja iaitu kerana semua kita adalah orang Sabah dan sebagai orang-orang Sabah, saudara sekalian layak untuk mendapat bantuan ini kerana itu adalah duit Sabah, bukan duit orang lain.


“Tanpa mengira anutan agma samada Islam atau Kristian, semuanya dibantu secara sama rata. Kadang-kala ada yang mendapat peruntukan lebih sedikit sebab keperluan mereka lebih tinggi pada tahun itu,” katanya.


Menurutnya, kerajaan hari ini sentiasa memberikan dokongan kepada semua institusi keagamaan dengan memberikan tumpuan dan bantuan yang sama dan adil kepada semua anutan agama.


Masidi yang juga Adun Karanaan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah Staf Borneo Natural Farm (BNF) yang disempurnakan bersama dengan Presiden SIB Sabah, Datuk Ir Jerry Dusing, di sini pada hari Sabtu.


Beliau memuji inisiatif gereja SIB yang mengusahakan pembinaan tersebut yang mana sebahagian besar aktiviti yang dijalankan adalah melibatkan perusahaan pertanian.


Beliau menyarankan pengusaha ladang tersebut dan juga maysarakat di sini untuk menanam pokok avocado sebagai suatu perusahaan yang mempunyai permintaan yang tinggi dengan harga yang lumayan.


Beliau turut berharap agar pada masa yang terdekat, semua akan dapat melihat bangunan yang baharu dibina ini siap dengan sempurna dan dapat dimanfaatkan sepenenuhnya oleh para penghuninya kelak.


Masidi berterimakasih kepada Gereja SIB kerana menjemput beliau hadir di majlis itu dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program yang baik tersebut.

Masidi (tengah) bersama Jerry, Abidini, Amisah dan lain-lain di majlis itu (Photo credit: Team Masidi Manjun Fans)


Berkenaan pengwujudan Borneo Natural Farm, BNF menerima pengetahuan dan pengalaman mengenai Pertanian Semula Jadi (Natural Farming) dari negara Korea Selatan.


Bagaimanapun pengamatan dan pengalaman melawat dan belajar di negara Filipina, Taiwan dan Thailand dimanfaatkan untuk dijadikan ramuan penting dalam menjayakan Pertanian yang berkonsepkan semula jadi di BNF.


Latarbelakang sebagai petani dan pemerhatian keatas amalan petani tradisi dan asli di negeri Sabah juga merupakan salah satu penyumbang dalam kejayaan dan keberkesanan daiam mengolah pertanian yang dijalankan di BNF.


Pertanian secara semula jadi mempastikan interaksi diantara tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda-benda halus yang hidup secara semula jadi (Mikroorganism) dan ini akan menyebabkan haiwan ternakan dan tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur, sihat dan semula jadi.


Kualiti tinggi dari haiwan ternakan dan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di BNF dihasilkan oleh ternakan dan tumbuh-tumbuhan tidak akan mengalami tekanan dan pencemaran kerana berada didalam suasana persekitaran yang semula jadi.


Semuanya ini merupakan penanda aras akan keunikan pertanian dan penternakan yang diusahakan di Borneo Natural Farm.


Dalam pada itu, Masidi berkata Ranau mempunyai toleransi dari segi anutan agama yang tinggi dan tidak hairanlah Ranau mendapat tangga ke-enam dalam index kehabagiaan di seluruh Malaysia.


“Dalam keluarga kita masing-masing mempunyai saudara mara dari latarbelakang agama yang berbesa namun kita tidak anggap perbesaan ini suatu penghalang untuk hidup rukun dan damai, kerana kita percaya Tuhan yang sama.


“Bagi saya, salah satu punca krisis perbezaan agama di dunia pada ketika ini adalah kerana manusia memilih bercakap tentang berbedaan tapi gagal meraihkan persamaan di antara kita dan kita adalah sama-sama manusia,” katanya.


Tambah beliau, jika semua pihak lebih memberi penekanan kepada persamaan dan usaha untuk mendirikan keharmonian dan keadilan, maka dalam ketidak kecukupan semua akan merasakan adanya kelengkapan.


Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Adun Lantikan, Datuk Amisah Yassin, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen, Benedict Gunda, pimpinan Gereja SIB dan lain-lain.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN