ADVERTISEMENTspot_img

Warga JWP bantu komuniti Pasca Banjir Sabah

SIMBOLIK…Noridah menyerahkan bantuan asas kepada pegawai Pusat Kawalan BencanaDaerah Membakut sambil disaksikan oleh warga kerja JWP

LABUAN: Seramai 80 warga kerja Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) yang terdiri daripada Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan digerakkan bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri Sabah, baru baru ini.

Turut sama membantu dalam misi itiu ialah warga kerja Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan.

Imisiatif yang dikenali sebagai Misi Pasca Banjir Wilayah Persekutuan bersama Sabah telah dilaksanakan fasa pertamanya di daerah Membakut Sabah melibatkan pembersihan sekolah SK St. Patrick dan Tadika Pei You.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Noridah Abdul Rahim yang mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dato’ Seri Dr. Zaliha Mustapa mengetuai misi berkenaan.

Terdahulu, Dr Zaliha dalam satu kenyataan berkata misi itu adalah susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan jentera kerajaan MADANI segera digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Selain itu katanya, bekalan keperluan asas turut dihantar ke Pusat Kawalan Bencana Daerah Membakut untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas.

Antara bekalan asas yang dibekalkan termasuklah 60 unit tilam, 100 unit bantal, selimut, tuala dan kain batik.

Sementara itu, Perbadanan Labuan turut mengerakan jentera berat yang melibatkan lori tangki air, penjana kuasa mudah alih, pencuci air bertekenan tinggi serta kelengkapan pembersihan lain bagi menyokong kerja kerja pemulihan.

Dr. Zaliha berkata, misi kedua bagi Wilayah Persekutuan bersama Sabah ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan untuk lokasi lokasi lain yamg memerlukan bantuan pasca banjir.

“Menerusi misi pasca banjir ini, semua pihak diseru untuk bersatu, berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat.

” Usaha membatu rakyat pasca banjir diharapkan dapat menjadi jambatan yang mencerminkan semangat solidariti Wilayah Persekutuan dan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia demi meringankan beban mereka yang terjejas bencana banjir di Sabah”, katanya .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN