Ahmad (tengah) manyaksikan majls serah dokumen projek siap Jambatan Patau Patau 1 daripada Faizul kepada Mohd Sukuran Kanan sekali) sambil disaksikan Mohd Husni (kiri sekali) dan Ramlee (dua dari kanan)
LABUAN: Projek menaik taraf jambatan Patau Patau 1 yang telah siap sepenuhnya sembilan bulan lebih awal daripada jadual asal diserahkan kepada Perbadanan Labuan pada Jumaat.
Projek berimpak tinggi benilai RM11. 1 juta sepanjang empat kilometer itu diserahkan secara rasmi oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Labuan kepada Perbadanan Labuan.
Semantara itu, majlis penyerahan jambatan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
beliau seterusnya menyaksikan majlis menandatangani serah dokumen projek tersebut antara Pengarah Jabatan Kerja Raya, Haji Faizul Ali Hanapiah (selaku pelaksana projek) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib (selaku pemilik aset).
Hadir sama menyaksikan majlis itu,Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Ramlee Yatim, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohamad Salleh dan Ketua Kampung Patau Patau 1, Fatimah Ahmad.
Terdahulu , Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata projek menaik taraf jambatan Patau Patau 1, mula dibina pada Oktober 2023 dan siap dalam tempoh 258 hari lebih awal daripada jadual asal pada Mac 2026.

Ahmad (tengah) bersama kakitangan KKR dan Jabatan Pendidikan Labuan ketika meninjau Projek Baik Pulih dan Penyelengaraan bangunan asrama perempuan blok A dan B Kolej Vokasional Labuan
Katanya, kejayaan menyiapkan projek itu lebih awal mempetlihatkan kerjasama erat antara JKR, Perbadanan Labuan, kontraktor dan Ketua Kampung serta komuniti setempat.
“Selain itu ia juga memperlihatkan kejayaan pengurusan yang teliti, cekap serta komunikasi yang berkesan”, katanya.
Beliau juga yakin dengan siapnya jambatan tersebut ia bukan sahaja menjadi laluan yang lebih selamat, selesa dan efesyen tetapi juga mampu merangsang ekonomi tempatan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.
Ahmad betkata, kejayaan menaiktaraf jambatan tersebut membuktikan aspirasi Malaysia MADANI dapat direalisasikan melalui pembangunan yang berasaskan amanah, kecekapan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau turut meninjau kerja kerja baik pulih dan penyelenggaraan bangunan asrama perempuan blok A dan B di Kolej Vokasional Labuan.
Ptojek bernilai RM10.8 juta itu mula dilaksanakan pada Ogos 2024 dan dijangka siap November 2026 telah mencapai kemajuan fizikal hampir 70 peratus jauh melebihi sasaran asal 20 peratus.



