Wong menyerahkan cenderahati kepada Mihd Husni selepas pertemuan itu sambil disaksikan oleh Simsudin.
Labuan: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) yang baharu, Datuk Mohd Husni Mohammad Salleh yang diadakan di pejabatnya Tingkat 10 Menara Perbadanan Labuan, pada Selesa.
Delegasi LCCC seramai 9 orang itu diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Wong Kii Yii.
Pertemuan hampir satu jam itu antara lain bertujuan bagi mengukuhkan hubungan LCCC dengan PL dalam pelbagai aspek khususnya dalam meningkatkan pembangunan ekonomi Labuan kearah yang lebih mampan dan berdaya saing.
Pada pertemuan itu, LCCC turut menyerahkan memorandum yang antara lain mengandungi cadangan penubuhkan One Stop Center untuk pelabur khususnya pelabur asing.
Katanya, One Stop Center ini berperanan sebagai fasilitator utama dalam membantu pelabur, mengurangkan birokrasi dan penyelarasan antara agensi dalam satu lokasi.
Wong berkata, ketika ini pelabur asing menghadapi pelbagai kesukaran apabila ingin memulakan perniagaan.
“Antara cabaran utama yang dikenal pasti oleh para pelabur termasuklah berhadapan dengan birokrasi dimana pelabur terpaksa menghubungi pelbagai agensi kerajaan untuk mendapatkan permohonan.
” Situasi ini bukan saja membebankan pelabur, malah boleh melemahkan daya tarikan Labuan sebagai hab pelaburan antarabangsa”, katanya kepada media di sini.
Selain, LCCC beberapa Dewan Perniagaan lain seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Labuan, Dewan Perniagaan dan Perusahan Kadazan Dusun (KCCI) dan Dewan Perniagaan India Labuan turut mengadakan pertemuan dan perbincangan secara berasingan.
Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.



