ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan salur bantuan RM155,500.00 kepada Hospital Labuan.

Oleh: JD

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyalurkan bantuan zakat bernilai RM155,500.00 kepada Hospital Labuan melalui gerakan Musaadah COVID 19.

Bantuan tersebut bertujuan untuk pembelian peralatan kesihatan yang diperlukan oleh hospital Labuan.

Selain itu MAIWP Labuan juga telah menyalurkan bantuan kewangan masing-masing bernilai RM10,000 kepada Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) bagi membantu para pelajar yang terkesan sepanjang Perintah kawalan Pergerakan (PKP) COVID 19.

Demikian diberitahu oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ahmad Saifuddin Haji Md. Tahir (gambar) dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata bantuan itu disalurkan melalui kutipan wang zakat Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) selaras dengan seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar agensi pengagih zakat di seluruh negara membantu golongan yang memerlukan.

“Golongan asnaf Labuan juga tidak terkecuali untuk menerima manfaat daripada kutipan zakat yang dikendalikan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). – TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN